Monday, October 29, 2007

Tanda Kasih Bookstore - Jom Singgah!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin menjemput anda semua ke laman web saya yang baru dilancarkan Tanda Kasih Bookstore.
Anda boleh dapatkan buku-buku terkini pendidikan kanak-kanak, keibubapaan, keagamaan serta motivasi. Kami menyediakan buku-buku terbaik dari penulis-penulis berpengalaman dalam bidang kepakaran mereka.
Silalah membeli-belah sambil menambah ilmu!






Tuesday, October 23, 2007

Harus Tahu Sebelum Bergelar Ahli Perniagaan!

Beberapa perkara yang harus tahu sebelum bergelar ahli perniagaan:

  • Jangan memilih sesuatu bidang perniagaan hanya kerana orang lain berjaya mengusahakannya tanpa mengetahui selok-belok perniagaan berkenaan.
  • Jangan mencampuradukkan urusan wang syarikat dengan wang sendiri.
  • Jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan.
  • Jangan tamak.
  • Jangan meminjam wang jika tidak perlu.
  • Jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima.
  • Jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain.

5 Langkah Berjaya Dalam Perniagaan

1. Bersedia hadapi risiko

Setiap perniagaan ada risikonya, tidak kira kecil mahupun besar. Sebagai usahawan, kita perlu mengkaji pelbagai risiko perniagaan yang mungkin dihadapi kelak. Tanamkan semangat yang setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian.

2. Perancangan rapi rebut peluang

Sebagai usahawan hendaklah menyusun beberapa pelan dan strategi berkesan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan kelak. Langkah terbaik, sediakan beberapa rancangan untuk memastikan perniagaan terus berdaya saing.

3. Sedia berkorban

Jangan merungut untuk berjaya dalam perniagaan. Buat permulaan, tumpuan harus diberikan untuk memajukan syarikat. Kata orang, bersusah dulu dan senang di kemudian hari.

4. Komitmen

Bila terbabit dalam bidang perniagaan, komitmen haruslah diberikan seratus peratus. Resepi paling berguna, usahlah berputus asa dengan dugaan.

5. Semangat kuat

Semua orang tahu, diri kitalah yang menjadi musuh utama dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan. Oleh itu, kita perlu senantiasa memastikan semangat dan motivasi diri kita di tahap yang baik.

Sumber: Berita Harian