Friday, July 13, 2007

Tanda Kasih Pembuka Bicara

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pertamanya syukur ke kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinnya dapat juga saya menghasilkan blog Tanda Kasih ini.
Sebagaimana namanya, blog ini adalah sebagai tanda kasih saya buat mereka-mereka yang begitu dekat dalam hidup saya:
- Buat suami tercinta.."Abang adalah segalanya dalam hidupku". Terima kasih atas perhatian, kasih-sayang, dorongan serta sokongan yang diberi. Semoga kasih kita akan kekal selamanya.
- Buat anak-anak tersayang.."Husna & Ikram adalah nadi dan semangat pada mak untuk meneruskan hidup ini". Semoga membesar menjadi anak soleh & solehah serta berguna pada bangsa dan agama.
- Buat mak & ayah.."Kalian adalah yang terbaik pernah kumiliki".
- Buat abang & adik-adik.."Kita pernah membesar bersama, semoga ikatan kasih-sayang antara kita terus kekal sebagai sebuah keluarga".
- Buat teman-teman.."Semoga ikatan persahabatan antara kita akan berkekalan dan berjaya di dalam kehidupan masing-masing".

Akhir sekali buat tetamu-tetamu Tanda Kasih, terima kasih atas kesudian anda meluangkan sedikit masa di laman ini. Harapan saya semoga anda memperoleh 'sesuatu' yang berguna di sini.
Selamat melayari blog Tanda Kasih.

Wassalam.

No comments: