Usia: Lewat 20-an
Tanda-tanda dapat dilihat:
- Kehilangan keanjalan dan ketegangan kulit pada lengan bila melambai tangan atau memakai baju lengan pendek.
- Terasa bentuk pusat berubah daripada bentuk menegak kepada bentuk melintang.
- Apabila usia meningkat, kulit menjadi lebih kendur, anda tidak lagi memakai jean dengan potongan pinggang rendah.
Kekeringan permukaan sementara, selepas lewat 20-an, keanjalan dan kelembapan tidak pulih sepenuhnya.
Usia: Lewat 30-an
Tanda-tanda dapat dilihat:
- Kehilangan keanjalan pada bahagian pinggul dan belakang paha; anda terasa kurang keupayaan untuk meliuk lentur.
- Penampilan anda berubah walaupun berat badan anda tidak berubah.
- Tali pinggang anda turun ke bawah.
Kulit kehilangan kelembapan. Tompok dan kedut halus muncul, susuk badan berubah.
Usia: Lewat 40-an
Tanda-tanda dapat dilihat:
- Bila anda mandi, air melekat pada kulit anda.
- Bila anda mencubit badan anda, kulit tidak berbingkas semula.
- Daging berlebihan berkumpul di keliling pinggang.
- Anda dapati sempadan antara pinggul dan paha semakin hilang.
Kulit berkedut dan kendur. Susuk badan tertarik ke bawah. Tekstur kulit menjadi kasar, kedut kulit mula merebak.
Usia: Lewat 50-an
Tanda-tanda dapat dilihat:
- Kulit menjadi begitu lembut. Bila anda menariknya, ia meregang.
- Perbezaan antara buku lali dan betis hilang. Kedua-duanya kehilangan definisi.
- Daging berlebihan muncul di belakang, membonjol di keliling pakaian dalam.
- Badan secara keseluruhan terasa kendur dan kulit badan kekurangan ketegangan.
Dengan perubahan dalam kolagen kulit, keanjalan dan kebingkasan merosot. Susuk badan lebih tertarik ke bawah.
No comments:
Post a Comment