Apakah makanan sihat?
Makanan sihat ialah pelbagai makanan yang segar dan suci daripada semua kumpulan makanan, tanpa lemak, kolesterol, gula dan garam berlebihan. Elok mengambil makanan mengandungi serat tinggi.
Faedah
- Mencapai dan mengekal berat badan sesuai.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetes melitus, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari.
- Mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit berjangkit.
Panduan Amalan Makan Yang Sihat
- Makan pelbagai jenis makanan dari semua kumpulan (seperti saranan piramid makanan)
- Banyakkan makanan yang mengandungi bijian, bijirin dan kekacang.
- Lebihkan sayur dan buah-buahan
- Kurangkan gula, garam dan lemak
- Timbangkan sukatan makanan yang dimakan dengan aktiviti harian
- Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Petua Mengurangkan Pengambilan Lemak dan Kolesterol
- Buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam termasuk kulit ayam.
- Kurangkan makan organ dalaman seperti hati, ginjal dan perut.
- Pilih susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak.
- Kurangkan makan kuih yang banyak lemak, bergula atau santan.
- Memasak dengan memanggang, mengukus dan merebus.
Petua Mengurangkan Pengambilan Gula
- Kurangkan minuman/makanan manis.
- Makan makanan segar seperti buah-buahan sebagai pemanis mulut.
Petua Mengurangkan Pengambilan Garam
- Kurangkan penggunaan garam dalam masakan.
- Kurangkan penggunaan bahan penambah rasa seperti kicap, sos tiram dan sos tomato.
- Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin dan sayur jeruk.
- Kurangkan makanan diproses seperti keropok, kerepek dan sardin.
Makanan Yang Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung Koronari
- Makan lemak berlebihan
- Makan terlalu banyak atau melebihi keperluan
- Kerap memakan makanan berkalori tinggi
- Garam dan gula berlebihan
Sumber: Kumpulan Penyelidik Projek Intervensi Komuniti Penyakit Kardiovaskular
No comments:
Post a Comment